Source : TanakwaguKL Photography

Wanna see MORE pics?, Please click HERE

Monday, December 21, 2009

Pemungut hutang dilarang berkasar dengan pemiutang [edited by TWKL : penghutang]

Pemungut hutang yang dilantik oleh institusi perbankan tertentu tidak boleh menggunakan kekerasan dan sering mengganggu pemiutang [edited by TWKL : penghutang] ketika menjalankan tugas, kata timbalan menteri kewangan.

Datuk Chor Chee Heung berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang yang adil dan ia perlu dipatuhi oleh setiap pemungut hutang yang dilantik.

"Institusi perbankan boleh menggunakan khidmat pemungut hutang, walaubagaimanapun, institusi itu perlu memastikan agar pemungut hutang yang dilantik mematuhi segala peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia," katanya menjawab soalan Senator Dr M Malasingam pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Chor berkata selain tidak dibenar menggunakan kekerasan dan mengganggu pemiutang [edited by TWKL : penghutang] pemungut hutang perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang beretika serta tidak dibenar membuat panggilan lebih tiga kali seminggu kepada pemiutang[edited by TWKL : penghutang]

"Ini selaras dengan usaha Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan lagi struktur pelindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya.

Beliau berkata pemiutang [edited by TWKL : penghutang] boleh membuat aduan kepada institusi perbankan berkenaan sekiranya terdapat aduan terhadap tingkah laku pengutip hutang yang dilantik.

"Jika tidak berpuas hati dengan cara pengendalian institusi perbankan terbabit, maka aduan selanjutnya boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia," katanya. BERNAMA

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP